arena

Seronok betul Kane... [VIDEO]

Oleh Twitter/Esme Jo

HARRY Kane seperti hilang akal selepas skuadnya, Tottenham Hotspur mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) yang dianggap salah satu perlawanan bolasepak paling dramatik dalam kejuaraan itu.

Penyerang Tottenham berusia 25 itu sekadar menjadi penonton ketika pertembungan yang menghasilkan tujuh gol di Stadium Etihad menyaksikan skuad Mauricio Pochettino melangkah ke empat terakhir menyingkirkan Manchester City.

Kane yang menonton perlawanan itu di rumah, sempat mengirimkan video pendek di Twitter meraikan kejayaan rakan pasukannya.

Sambil menonton televisyen berlatarkan pemain serta pengurusan Spurs meraikan kemenangan bersejarah mereka, kapten England itu menjerit: "Let's go! Come on!"

Dia turut menulis keterangan foto pada klip video itu: "Omggg! I love you boys!!!!"

Biarpun City menewaskan Spurs 4-3 pada perlawanan awal pagi tadi namun kelab London Utara itu mara dengan kelebihan gol di tempat lawan selepas menang 1-0 pada suku akhir pertama di London.

Disiarkan pada: April 18, 2019 @ 1:32pm
d