arena

Hari penentuan buat Sapura

Oleh Ferzalfie Fauzi

TUMPUAN peringkat terakhir Tour de Iskandar Johor (TdIJ), hari ini bakal terarah kepada perebutan jersi biru (juara individu keseluruhan).

Team Sapura Cycling (TSC) pasti mengharapkan sekurang-kurangnya dua pelumba mereka berada di kelompok depan walaupun tidak mampu menjadi pelumba pertama melintasi garisan penamat.

Pelumba Jerman, Mario Vogt yang memulakan perlumbaan dengan menyarung jersi biru bakal menjadi pertaruhan TSC, begitu juga dengan juara kebangsaan Moldova 2016, Cristian Raileanu, juara peringkat kedua semalam.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka tidak boleh berasa terlalu selesa kerana berada di tempat kedua keseluruhan dan hanya dibezakan dua saat dengan Vogt ialah pelumba Team Ukyo, Kohei Uchima.

Perlumbaan dijangka berakhir dengan kelompok besar dan sengit ketika menuju ke garisan penamat berikutan peluang untuk meraih juara keseluruhan individu dan berpasukan masih terbuka.

Saingan sejauh 107.7 kilometer dari Kluang ke Johor Bahru dijangka tamat pada jam 5.40 petang.

Pelumba melalui tiga zon pecutan di Simpang Renggam, Kulai dan Impian Emas, manakala satu zon pendakian di Bukit Renggam.

Disiarkan pada: April 19, 2019 @ 4:20pm
d