arena

City benam Spurs

Oleh Reuters

MANCHESTER City kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris dengan jaringan tunggal Phil Foden pada minit kelima permainan memberi kemenangan 1-0 ke atas Tottenham Hotspur di Stadium Etihad malam ini.

Kemenangan itu, hadir tiga hari selepas Spurs menyingkirkan City daripada saingan Liga Juara-Juara, untuk memberikan tekanan kepada pencabar terdekat Liverpool yang akan berhadapan Cardiff City pada Ahad yang memisahkan dengan perbezaan mata apabila kedua-dua pasukan beraksi 34 perlawanan.

Namun kemenangan City terpaksa dibayar mahal apabila pemain tengah tonggak pasukan, Kevin De Bruyne terpaksa dikeluarkan selepas kelihatan mengalami kecederaan lutut pada minit 38.

Bernardo Silva mencipta peluang menjaringkan gol, apabila mengatasi jangkaan dua pertahanan Tottenham dengan umpanan cantik yang berjaya ditanduk Sergio Aguero dan membuka ruang untuk Foden menandu masuk ke gawang gol pada jarak dekat.

Ia adalah jaringan pertama Liga Perdana buat pemain tengah berusia 18 tahun itu yang melakukan penampilan kedua dalam kesebelasan utam pada kejohanan itu.

Son Heung-min dua kali mencemaskan City dengan percubaan ke kawasan lawan namun penjaga gol City, Ederson bertindak pantas menafikan cubaan merbahaya itu.

Spurs mendakwa mereka sepatutnya memperolehi sepakan penalti pada minit 59 apabila bola kelihatan terkena tangan Kyle Walker di dalam kawasan kotak penalti namun pengadil Michael Oliver tidak mempedulikan rayuan pasukan itu.

Disiarkan pada: April 20, 2019 @ 10:34pm
d