arena

Sukar kembali berlatih: Nadal

Oleh AFP

RAFAEL Nadal mengakui pastinya sukar untuk kembali ke gelanggang latihan selepas kekalahan mengejut pada separuh akhir di tangan Fabio Fognini sekali gus menamatkan misinya untuk melakar gelaran Monte Carlo Masters ke-12 awal pagi tadi.

Juara Grand Slam itu memulakan kempen mempertahankan gelaran Terbuka Barcelona awal pagi Khamis itu dan juga mahu mengekalkan ranking nombor dua dunia sebelum Terbuka Perancis bulan depan.

Pemain berusia 32 tahun itu mengakui dia beraksi dalam ‘satu daripada perlawanan terburuknya di gelanggang tanah liat sepanjang tempoh 14 tahun’ apabila tewas 6-4, 6-2 kepada pemain Itali Fognini, yang dipaksa menyelamatkan tiga mata perlawanan pada kedudukan 5-0 pada set kedua.

“Pastinya sukar untuk kembali ke gelanggang latihan,” kata Nadal selepas kekalahan keempatnya kepada Fognini, tiga daripadanya di gelanggang tanah liat.

“Saya kehilangan peluang yang amat penting bagi saya. Saya sedih kerananya.”

Nadal bergelut dengan kecederaan lutut musim ini, dan beraksi dalam kejohanan pertamanya selepas menarik diri daripada perlawanan separuh akhir Indian Wells menentang Roger Federer bulan lalu.

“Tidak banyak peluang untuk saya memulakan musim gelanggang tanah liat dengan cara sempurna,” katanya.

Disiarkan pada: April 21, 2019 @ 12:05pm
d