arena

Djokovic kukuh no 1 dunia

Oleh AFP

NOVAK Djokovic menjarakkan kedudukannya di depan Rafael Nadal di puncak ranking ATP hari ini, selepas pemain Sepanyol itu gagal dalam usaha menjuarai Masters Monte Carlo kali ke-12.

Djokovic, pemenang tiga gelaran Grand Slam terakhir, kini lebih 3,000 mata di depan musuh lama Nadal sekalipun kalah pada suku akhir di tangan Daniil Medvedev di Monaco minggu lalu.

Pemain nombor dua dunia Nadal menyusut dalam mata ranking selepas usahanya mempertahankan kejuaraan berakhir dengan kekalahan mengejut di tangan juara Fabio Fognini pada separuh akhir.

Pemain Itali berusia 31 tahun itu meraih ranking tertinggi sepanjang karier di tangga ke-12 selepas meraih trofi Masters sulungnya dengan mengalahkan pemain Serbia, Dusan Lajovic pada final semalam.

Fognini melonjak enam anak tangga untuk menghampiri kelompok 10 teratas, manakala Lajovic meningkat 24 anak tangga ke ranking ke-24.

Disiarkan pada: April 22, 2019 @ 11:13pm
d