arena

Leipzig mara ke final Piala Jerman

Oleh Reuters

RB Leipzig mengatasi cabaran kelab divisyen dua, Hamburg SV 3-1 awal pagi tadi untuk mara ke final Piala Jerman buat kali pertama dalam sejarah.

Leipzig yang ditubuhkan oleh pembekal minuman tenaga, Red Bull sepuluh tahun lalu dan beraksi di Divisyen Lima akan menentang pemenang di antara Bayern Munich dan Werder Bremen dalam satu lagi aksi separuh akhir awal pagi esok.

Yussuf Poulsen membuka tirai jaringan buat pelawat pada minit ke-12 tetapi rembatan kencang dari luar kotak penalti oleh Bakery Jatta menyamakan kedudukan buat tuan rumah.

Hamburg yang bergelut untuk kembali beraksi di Bundesliga musim depan selepas tersingkir musim lalu agak perlahan berbanding lawan mereka.

Selepas percubaan mereka tiga kali terkena tiang, Leipzig kembali di depan apabila Vasilije Janjicic menjaringkan gol sendiri lapan minit selepas babak kedua bermula.

Emil Forsberg menambah duka tuan rumah pada minit ke-72 bagi menyalakan impian kelab memburu trofi pertama mereka.

Disiarkan pada: April 24, 2019 @ 8:24am
d