arena

Solskjaer cuba pengaruhi pengadil - Guardiola

Oleh AFP

PEP Guardiola membidas kenyataan pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer yang mendakwa Manchester City gemar melakukan taktik kasar dalam usaha mereka menyekat serangan balas lawan.

Menurutnya, dia tidak memandang ringan dakwaan itu malah menuduh Solskjaer cuba mempengaruhi pengadil, Andre Marriner yang akan mengendalikan perlawanan kedua-dua pasukan di Old Trafford esok.

"Sudah pasti, itulah puncanya,” kata Guardiola ketika ditanya sama ada kenyataan Solskjaer itu cuba mempengaruhi pengadil.

"Saya tahu apa saya katakan kepada pemain sejak hari pertama sehingga hari terakhir. Jadi apabila pemain mahu menyerang, kami perlu jujur. Sudah tentu ada ‘contact’, ada kesalahan.

"Tetapi jika ia berlaku dan anda tiba lewat ketika itulah pengadil diperlukan. Melayangkan kad kuning atau merah tetapi saya tidak pernah merencana semua itu.”

"Saya mempersiapkan pasukan dengan cara sendiri dan mengkaji strategi lawan tetapi saya tidak akan menghukum mereka dengan melakukan kesalahan. Tidak pernah.”

Solskjaer bukanlah pengurus pertama United membuat dakwaan ke atas City ketika era Guardiola. Pengendali sebelumnya Jose Mourinho turut berbuat demikian sebelum pertembungan ‘derby’ kedua-dua pasukan musim lalu.

Bagaimanapun, statistik menunjukkan hakikat sebaliknya apabila United mengutip 64 kad kuning musim ini berbanding City, 38 dengan empat kad merah buat United dan City hanya satu.

Disiarkan pada: April 24, 2019 @ 10:06am
d