arena

Michelle lupakan LPGA, mahu 'cas bateri'

Oleh AFP

MICHELLE Wie menarik diri daripada Terbuka LPGA Los Angeles hari ini dan berkata dia akan terus berehat dalam usaha memulihkan kecederaan tangan kanannya.

Bintang Amerika Syarikat berusia 29 tahun itu turut menarik diri daripada mempertahankan kejuaraan di Singapura bulan lalu akibat kecederaan pergelangan tangan.

Michelle kembali beraksi di kejohanan utama pertama tahun ini, ANA Inspiration, awal bulan ini tetapi terlepas cut dan turut mengalami nasib sama di LPGA Lotte Championship, Hawaii minggu lalu.

Dia bertemu doktor semalam dan mengumumkan hari ini akan menumpukan usaha memulihkan kesihatan tetapi tidak memberi jangka masa untuk kembali beraksi di LPGA.

"Perjumpaan yang positif dengan doktor, kami bersama memikirkan adalah lebih baik jika saya berehat supaya tubuh dapat pulih dengan cepat dan kembali kuat,” kata Michelle dalam Instagram.

"Kesihatan menjadi tumpuan utama saya ketika ini dan saya berharap kesakitan dapat pulih secepat mungkin. Terima kasih di atas sokongan semua dan kekal bersabar bersama saya.”

Disiarkan pada: April 24, 2019 @ 11:45am
d