arena

'Fred biarkan City mendapatkan gol...' [VIDEO]

Oleh Agensi

ROY Keane menuduh Fred ‘menipu’ manakala Gary Neville mengakui Manchester United tidak mampu melakukan apa-apa lagi selepas tewas kepada Manchester City.

Ia kekalahan ketujuh United dalam sembilan perlawanan selepas dua gol babak kedua membolehkan City meraih kemenangan 2-0 di Old Trafford, awal pagi tadi.

Keane dan Neville, dua legenda kelab itu begitu lantang memberi pendapat terhadap bekas pasukan mereka selepas perlawanan itu.

Mereka berdua kini menjadi pengulas sukan di Sky Sports.

Neville mendakwa skuad United kekurangan kualiti hinggakan mereka langsung tiada pemain lebih baik ketika berdepan skuad Pep Guardiola.

Neville berkata: "Saya melihat City pasukan yang kurang kemas pada separuh masa pertama. United pula beraksi permainan sederhana. Untuk berlaku adil, ia cara paling baik dimiliki mereka.

"Apa kita dapat lihat dua kelas berbeza. Saya tidak merasakan ada pemain United boleh melakukan lebih baik.

"Saya melihat mereka tidak mampu memberikan persembahan lebih baik."

Keane sebelum ini menuduh pemain United menggunakan taktik bertahan ‘letak bas’ ketika di bawah kendalian Jose Mourinho mempersoalkan sama ada satu sasaran sudah memadai ketika beraksi di tempat sendiri sebelum menyalahkan aksi longlai pemain tengah United, Fred.

Dia berkata: "Apa dilakukan oleh Fred adalah menipu kerana dia hanya membiarkan seorang pemain melepasinya untuk mendapatkan jaringan gol.

"City sangat bagus tetapi ia malam sangat mudah buat mereka untuk perlawanan derby. Sukar untuk mempercayai bagaimana City dapat duduk begitu selesa di bilik persalinan,” katanya.

Disiarkan pada: April 25, 2019 @ 1:50pm
d