arena

Sheffield kembali ke EPL

Oleh AFP

SHEFFIELD United sah ke Liga Perdana Inggeris hari ini selepas pengendali Leeds Marcelo Bielsa membenarkan Aston Villa meledak jaringan ketika seri 1-1 di Elland Road.

Leeds jatuh lima mata di belakang The Blades dengan hanya baki satu perlawanan selepas pasukan tuan rumah membenarkan Albert Adomah meledak gol penyamaan meskipun Leeds mendahului menerusi jaringan Mateusz Klich, ketika pemain Villa Jonathan Kodjia rebah akibat kecederaan.

Bielsa menjadi sasaran penolong pengurus Villa John Terry ketika pemain kedua-dua pasukan bertelagah susulan jaringan kontroversi Klich.

Pemain Villa Anwar El Ghazi dibuang padang dalam kekalutan itu ketika rentetan 10 kemenangan dimiliki pasukan pelawat berakhir.

Kedua-dua berkenaan bakal bertemu kembali pada final playoff sekiranya Villa mengatasi West Brom dalam dua perlawanan, manakala anak buah Bielsa perlu bangkit daripada kekecewaan terlepas kelayakan automatik apabila berdepan Derby, Middlesbrough atau Bristol City.

Sheffield United secara realistiknya mengesahkan kedudukan mereka dalam liga utama hasil kemenangan 2-0 ke atas Ipswich semalam hasil perbezaan jaringan gol.

“Ia satu pengalaman yang menakjubkan. Kami terima semua dugaan dan kembali dengan ngauman,” kata pengendali Sheffield Chris Wilder.

Disiarkan pada: April 28, 2019 @ 9:43pm
d