arena

Neuville takluk Argentina

Oleh Reuters

PELUMBA Belgium, Thierry Neuville mengungguli Rali Argentina tatkala pasukan Hyundai menamatkan perlumbaan satu-dua awal pagi ini, seterusnya memastikan pelumba itu mendahului kedudukan kejuaraan dunia dengan 10 mata.

Warga Norway, Andreas Mikkelsen menamatkan perlumbaan di tempat kedua, 48.4 saat di belakang, dengan juara bertahan Sebastian Ogier ketiga buat Citroen selepas memintas wakil Toyota, Kris Meeke yang berdepan masalah di penghujung saingan.

Pelumba dari Utara Ireland, Meeke di tempat ke empat, hanya 1.4 saat untuk berada di podium.

Juara dunia enam kali, Ogier turut merangkul lima mata bonus pada final Power Stage, dengan Neuville memperolehi tiga mata.

Neuville kini memungut 110 mata mengatasi pencabar dari Perancis itu sebanyak 100 mata. Hyundai mendahului kategori pengeluaran dengan 157 mata, 37 mata mengatasi pencabar terdekat Toyota.

“Kereta ini cukup sempurna sepanjang minggu ini dan saya rasa selesa, pantas dan terkawal sepanjang perlumbaan,” kata Neuville yang memperolehi kejayaan keduanya berturut-turut selepas di Corsica, bulan lalu.

Pusingan keenam kejohanan dijadualkan berlangsung di Chile pada 10 hingga 12 Mei ini.

Disiarkan pada: April 29, 2019 @ 8:51am
d