arena

Minjee juara Terbuka LA

Oleh Reuters

PEMAIN gol Australia, Minjee Lee memenangi kejuaraan pertama musim ini di LPGA Terbuka LA di California pagi ini, dengan menamatkan empat pukulan mendahului bintang Korea Selatan, Kim Sei-young di lapangan Wilshire Country Club.

Minjee, dua kali berjaya menamatkan kejohanan di tempat kedua musim ini dan mampu melonjak di tangga kedua ranking pemain dunia berbanding keempat yang disandang ketika ini.

Dia melakukan pukulan di bawah par 68 pada jarak 12 kaki birdie sebelum menamatkan pukulan dengan 14 bawah par 270.

Pemain berusia 22 tahun itu memenangi RM929,587.50 (AS225,000) untuk kejayaan kelima dalam karier LPGA, seterusnya menduduki tempat kedua dalam pemenang wang tunai tahunan dan mata perlumbaan jelajah jangka panjang CME Globe.

Hanya tiga pemain Australia memenangi banyak kejuaraan - Karrie Webb (41), Jan Stephenson (16) dan Rachel Hetherington (lapan).

“Permulaan awal tahun ini saya beraksi cemerlang. Saya berasa sangat hampir menempa kejayaan jadi saya rasa sangat bagus dengan pencapaian ini,” kata Minjee.

Pemain nombor satu Ko Jin-young (69), yang mendahului pungutan wang dan mata kedudukan, menamatkan kejohanan di tempat kelima dengan pukulan lapan di bawah 276.

Disiarkan pada: April 29, 2019 @ 10:41am
d