arena

De Gea sandaran United: Solskjaer

Oleh Reuters

PENGURUS Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer berkata David de Gea mempunyai kekuatan dari segi karakter untuk bertindak balas daripada melakukan kesilapan mudah sejak beberapa minggu lalu malah dia tidak berniat untuk menggugurkan penjaga gol itu dalam baki dua perlawanan musim ini.

Kesilapan terbaru yang dilakukan warga Sepanyol itu adalah pada perlawanan Liga Perdana Inggeris semalam yang menyaksikan keputusan seri 1-1 menentang Chelsea.

United mendahului menerusi jaringan Juan Mata namun Chelsea menyamakan kedudukan apabila De Gea gagal menampan bola rembatan Antonio Rudiger sehingga membolehkan Marcos Alonso merembat masuk ke gawang gol.

De Gea telah melakukan beberapa kesilapan tidak sepatutnya dalam perlawanan sebelum ini namun Solskjaer berkata penjaga gol itu tidak harus dipersalahkan ketika pasukannya masih bergelut.

“Saya tidak bimbang mengenai dia, kerana dia mempunyai karakter yang kuat,” kata Solskjaer. "Dia tahu dia boleh menghalang jaringan itu, namun inilah bola sepak.”

Keputusan seri itu menyaksikan United berada di kedudukan ke enam carta liga dengan 65 mata dan menyukarkan laluan mereka untuk menamatkan saingan liga dalam kelompok empat teratas.

United ketinggalan tiga mata dibelakang Chelsea yang menduduki tangga keempat dengan berbaki dua perlawanan liga.

Disiarkan pada: April 29, 2019 @ 12:40pm
d