arena

'Kami tak takutlah'

Oleh AFP

PENJAGA gol Ajax, Andre Onana berkata pasukan itu tidak takut pada sesiapa pun ketika bersiap sedia meneruskan perjuangan mereka di Liga Juara-Juara dengan aksi separuh akhir pertama menentang Tottenham Hotspur awal pagi Rabu.

Ajax, juara Eropah empat kali itu memburu gelaran benua pertama sejak jaringan Patrick Kluivert membenam AC Milan pada final 1995 dan menggembirakan penyokong dengan pencapaian hebat ke separuh akhir yang mengulangi era gemilang Johan Cruyff dan Total Football.

Lawan Ajax selepas ini adalah Spurs - selepas menyingkirkan juara bertahan Eropah Real Madrid dan Juventus yang dianggap mampu memenanginya selepas membeli Cristiano Ronaldo - hasil aksi hebat yang memukau peminat bola sepak.

“Selepas menewaskan Juventus dan Real Madrid, anda tidak takut pada sesiapa pun,” kata Onana.

“Mereka (Spurs) adalah pasukan yang amat bagus. Mereka mempunyai pemain yang hebat, terutama dalam aksi serangan balas di mana mereka boleh mencetuskan masalah kepada kami.

“Namun terpulang kepada kami, bagaimana untuk mengendalikan situasi itu.”

Onana, pemain asal Cameroon itu berdepan jadual padat ketika pasukan gergasi Belanda itu memburu tiga gelaran yang masih gagal disempurnakan Ajax sejak zaman gemilang Cryuff pada 1972, di mana mereka menang gelaran kedua daripada tiga trofi Piala Eropah berturut-turut, bersama-sama Piala Belanda dan juara liga.

Mereka juga kini di puncak Eredivisie biarpun berkongsi mata dengan PSV Eindhoven dan akan berdepan Willem II pada final piala domestik bulan depan.

Disiarkan pada: April 29, 2019 @ 11:05pm
d