arena

Petra rampas kedudukan nombor dua dunia

Oleh AFP

BINTANG tenis Republik Czech, Petra Kvitova merampas kedudukan pemain tenis nombor dua dunia daripada seteru utamanya dari Romania, Simona Halep menerusi ranking terbaru WTA yang dikeluarkan semalam.

Petra mencatat kemenangan pada final Kejohanan WTA di Stuttgart pada Ahad, yang merupakan kejuaraan keduanya musim ini.

Petra hanya 136 mata memisahkan pemain di ranking nombor satu dari Jepun, Naomi Osaka.

Naomi sebelum itu terpaksa menarik diri pada peringkat separuh akhir kejohanan di Jerman minggu lalu berikutan mengalami kecederaan.

Senarai ranking WTA (10 Teratas):

1. Naomi Osaka (JPN) 6151 mata

2. Petra Kvitova (CZE) 6015

3. Simona Halep (ROU) 5682

4. Angelique Kerber (JER) 5220

5. Karolina Pliskova (CZE) 5111

6. Elina Svitolina (UKR) 4921

7. Kiki Bertens (NED) 4765

8. Sloane Stephens (AS) 4386

9. Ashleigh Barty (AUS) 4275

10. Aryna Sabalenka (BLR) 3520

Disiarkan pada: April 30, 2019 @ 8:46am
d