arena

Sloane, Altidore dijangka langsung perkahwinan

Oleh Reuters

BEKAS juara tenis Terbuka Amerika Syarikat, Sloane Stephens dan penyerang kelab Amerika Syarikat, Toronto FC, Jozy Altidore dijangka melangsungkan perkahwinan.

Sloane berusia 26 tahun manakala pasangannya Altidore, 29, mengumumkan pertunangan mereka semalam dengan memuat naik status bersama di media sosial dengan berkata, “Selamanya bermula sekarang” dan “Selamanya ia”.

Sloane ketika ini menduduki ranking ke lapan dunia dan memenangi enam kejuaraan WTA, termasuk Terbuka Amerika Syarikat pada 2017.

Altidore, yang menandatangani kontrak baru bersama pasukan liga MSL, Toronto FC pada Februari sudah menjaringkan 41 gol dalam 110 perlawanan untuk negaranya.

Disiarkan pada: April 30, 2019 @ 9:40am
d