arena

Mana boleh begitu Neymar: Tuchel

Oleh AFP

THOMAS Tuchel menyelar tindakan Neymar bergaduh dan bertindak memukul peminat yang dikatakan menghina bintang Paris Saint-Germain (PSG) ketika berjalan mengambil piala selepas tewas pada final Piala Perancis, semalam.

Aksi pemain PSG itu dirakamkan penonton di Stade de France, yang melihat insiden berkenaan dan pelbagai maklum balas diberikan terhadap tindakan Neymar.

Pemain berusia 27 tahun itu dilihat cuba menolak telefon bimbit yang dihalakan kepadanya dan kelihatan sempat menghayunkan tangan ke dagu lelaki berkenaan.

“Saya tidak menyukainya. Kamu tidak boleh melakukan begitu, kamu melakukan perkara salah,” kata Tuchel mengulas mengenai insiden itu.

Neymar menjaringkan gol pembukaan ketika PSG mendahului menerusi dua gol namun dinafikan dengan kebangkitan Rennes yang memaksa kedudukan terikat 2-2 sehingga masa tambahan permainan sebelum penentuan penalti yang memihak kepada Rennes, 6-5.

“Bukan mudah untuk berjalan ke atas selepas kekalahan itu. Ia amat sukar kepada saya, untuk semua, namun kami harus menerima hakikatnya,” kata Tuchel.

“Jika kita tewas, kita perlu menunjukkan rasa hormat. Kamu tidak boleh terbabit dalam pergaduhan dengan penonton.”

“Adakah saya berkelakuan buruk?” tanya Neymar dalam komen yang dimuat naik dalam Instagram. “Ya. Tetapi tidak semua orang boleh membuat pelbagai andaian.

Disiarkan pada: April 30, 2019 @ 11:24am
d