arena

GP Itali kekal di Monza hingga 2024

Oleh AFP

PERLUMBAAN Grand Prix Itali dijangka kekal di Monza hingga 2024 selepas Formula Satu bersetuju secara prinsipnya mengenai litar bersejarah itu dengan Kelab Automobil Itali (ACI), semalam.

ACI dalam satu kenyataan menegaskan presidennya Angelo Sticchi Damiani kini akan berunding dengan F1 mengenai semua aspek teknikal dan komersial terhadap perjanjian yang akan ditandatangani tidak lama lagi.

Monza satu daripada lima litar dalam proses rundingan semula dengan F1 selepas musim ini selain Silverstone, Barcelona, Hockenheim dan Mexico.

Silverstone menafikan laporan sebagai “terlalu cepat” bahawa mereka sudah mencapai persetujuan mengenai perjanjian baharu tiga tahun bagi perlumbaan GP Britain.

Monza menganjurkan setiap edisi GP Itali kecuali pada 1980 apabila ia diadakan di Imola.

Disiarkan pada: May 1, 2019 @ 2:38pm
d