arena

Lineker, Ferdinand seronok tengok Liverpool kalah [VIDEO]

Oleh Agensi

RIO Ferdinand dan Gary Lineker menjerit gembira sebaik Lionel Messi meledak sepakan percuma sensasi ketika Barcelona menewaskan Liverpool 3-0 pada separuh akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL) di Nou Camp, awal pagi tadi.

Pemain ‘silap mata’ Argentina berusia 31 tahun itu melakukan sepakan lencong melepasi benteng pertahanan melepasi jangkauan penjaga gol, Alisson di penjuru gawang.

Menerusi video dimuat naik bekas pemain pertahanan Manchester United itu, dia benar-benar gembira dengan kekalahan dialami Liverpool.

Malah Ferdinand sempat menepuk meja manakala Lineker menjulang kedua-dua tangannya ke atas meraikan jaringan itu.

Mereka melompat-lompat menjerit serta berpelukan selama beberapa saat sambil sebelum kembali mengawal emosi diri.

Lineker, 58, bekas penyerang Barcelona melihat ke arah skrin sebelum menjerit “wow" manakala Ferdinand menekup mulut kerana terkejut.

Ferdinand mengatakan pemain skuad Liverpool tidak akan dapat tidur lena selepas tewas pada perlawanan itu.

Rakan pengulas, Luis Garcia yang tidak percaya dengan jaringan itu meletakkan kedua-dua tangan di kepalanya.

Garcia dan Lineker mencapai telefon bimbit mereka sebelum membuat tweet: "WOW! Just Wow. Messi menjaringkan gol ke-600 untuk @FCBarcelona dengan sepakan percuma terbaik yang boleh anda lihat.

"Genius bertubuh kecil itu menafikan logik."

Dia turut meletakkan emoji dua ekor kambing putih di Twitternya.

Messi menyumbat dua gol selepas Luis Suarez menolak masuk gol pembukaan berdepan bekas pasukannya.

Keputusan itu meletakkan Barca kini sebelah kaki untuk beraksi pada final di Madrid, Jun depan.

Kelab Catalan itu kelihatan hampir pasti mengesahkan tempat pada separuh akhir kedua di Anfield, minggu depan.

Disiarkan pada: May 2, 2019 @ 2:55pm
d