arena

Dufner kembali ke puncak

Oleh AFP

JASON Dufner melakukan tujuh birdie dan satu eagle untuk lapan di bawah par 63 awal pagi tadi untuk meletakkannya di kedudukan teratas Kejuaraan Wells Fargo.

“Sudah sekian lama saya tidak mendahului sebarang kejohanan,” kata Dufner, bekas pemain kelompok 10 teratas dan juara Kejohanan PGA 2013 yang jatuh ke ranking ke-230 dunia.

“Namun saya tahu bagaimana perasaannya. Anda tahu, saya hanya ikutkan saja.”

Dufner,42, meletakkan sasaran awal pada pusingan kedua di Quail Hollow di Charlotte, North Carolina, mengumpul 11 di bawah par 131 yang meletakkanya satu pukulan di depan Joel Dahmen dan Max Homa.

Dahmen, yang mendahului sebelum ini bersama bintang Ireland Utara Rory McIlroy, mencatat 66 pukulan buat kali kedua manakala Homa melakukan lapan birdie untuk 63 pukulan dan mengumpul 10 di bawah par 132.

McIlroy, bagaimanapun mencatat 70 untuk 136 keseluruhan dan berkongsi tangga keempat dengan pemain Amerika Syarikat Patrick Reed, yang mencatat 69 pukulan.

Ia ketinggalan satu pukulan berbanding pemain England Justin Rose, pemain Ireland Seamus Power, bintang Australia Jason Day dan pemain AS Pat Perez.

Disiarkan pada: May 4, 2019 @ 11:09am
d