arena

PKNP, Terengganu kongsi mata

Oleh Shamsul Kamal Amarudin

HASRAT Terengganu menebus kekalahan kepada PKNP FC di Kuala Terengganu sebelum ini, tidak kesampaian apabila kedua-dua pasukan seri 2-2 dalam saingan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Seri Manjung malam ini.

Pasukan tuan rumah memperolehi gol pertama menerusi Amani Aguinaldo pada minit ke-22 selepas menanduk masuk tendangan percuma Hafiz Ramdan.

Jaringan itu bagaimanapun hanya bertahan lapan minit apabila Kipre Tchetche menyamakan kedudukan menerusi tendangan percuma dari luar kotak penalti.

PKNP bagaimanapun tidak menunggu lama untuk kembali mendahului kedudukan apabila Thomas Abbey merembat hantaran lintang Yashir Pinto pada minit ke-34.

Terengganu berjaya menyamakan kedudukan menerusi Sandar Shaakhmedov yang melakukan rembatan dari luar kotak penalti pada minit ke-68.

Terdahulu, pasukan pelawat berpeluang menambah jaringan menerusi Chanthacheary Bin pada minit ke-52 tetapi sepakan percuma dari luar kotak penalti diambilnya sipi di atas palang gol.

Lima minit kemudian Hafiz Ramdan pula berkesempatan menambah gol PKNP tetapi rembatannya ditepis keluar ketika hanya berdepan Mohd Suffian Ab Rahman.

Mohd Suffian sekali lagi bertindak cemerlang menepis tendangan percuma Hafiz Ramdan dari luar kotak penalti pada minit ke-63.

Tendangan percuma Ahmad Syamim Yahya pada minit ke-78 pula mengenai tiang pasukan tuan rumah dan serangan balas PKNP kemudian menyaksikan tandukan lemah Hafiz Ramdan tepat ke Mohd Suffian.

Disiarkan pada: May 4, 2019 @ 11:30pm
d