arena

Bayern kukuh kedudukan

Oleh Reuters

PENDAHULU Bundesliga, Bayern Munich mencatat kemenangan 3-1 ke atas pasukan di tangga terbawah Hanover 96 malam tadi tatkala pemain gantian Jonathas menjaringkan gol dan dibuang padang dalam aksi getir buat pelawat.

Kemenangan itu membolehkan Bayern semakin menghampiri pemburuan kejuaraan ketujuh Bundesliga selepas lima mata di depan Borussia Dortmund yang berdepan Werder Bremen awal pagi ini.

Kedua-dua pasukan mempunyai baki dua perlawanan. Robert Lewandowski dan Leon Goretzka meletakkan Bayern mendahului 2-0 pada separuh masa pertama.

Namun pelawat menggandakan asakan pada separuh masa kedua sehingga berjaya memperolehi jaringan menerusi Jonathas yang menyempurnakan sepakan penalti selepas bola terkena tangan Jerome Boateng pada minit ke-51.

Pemain Brazil itu dilayangkan kad kuning pertama susulan pergaduhan dengan penjaga gol Sven Ulreich ketika kedua-dua cuba mengambil bola daripada dalam jaring gol sebelum dia diperintah keluar padang selepas menerima kad kuning kedua akibat bertembung dengan Joshua Kimmich pada minit ke-55.

Begitupun Bayern seolah-olah gagal memanfaatkan peluang berdepan 10 pemain lawan sehingga minit ke-84 pemain veteran Franck Ribery yang masuk sebagai pemain gantian berjaya meledak gol minit ke-84.

Disiarkan pada: May 5, 2019 @ 12:59am
d