arena

Semangat Lang Merah tidak berubah...

Oleh Izzali Ismail

KETUA jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak mahu skuad Kedah mengekalkan prestasi konsisten menjelang aksi suku akhir kedua Piala FA menentang PKNS FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Jumaat ini.

Menurut Aidil, skuad Lang Merah akan meneruskan aksi bersemangat memburu kemenangan walaupun memiliki bekalan selesa selepas menewaskan PKNS FC 3-1 pada aksi pertama di Stadium Shah Alam, bulan lalu.

"Ia tetap sama sebagaimana kami ke Shah Alam sebelum ini untuk mempamer kesungguhan mencari kemenangan.

"Oleh itu, saya berharap semua pemain dapat beraksi penuh yakin.

Kedah turut menewaskan menentang Kuala Lumpur (5-2), baru-baru ini.

Aidil mengakui skuadnya berdepan PKNS yang dikendalikan jurulatih berpengalaman, Datuk K Rajagobal.

"Kami tidak boleh ambil mudah walaupun momentum Kedah berada pada landasan terbaik.

"Kedah harus memanfaatkan peluang dan ruang dilaman sendiri,” katanya.

PKNS FC pasti tidak mahu menyerah kalah dan mencari gol sebanyak boleh.

Kedudukan agregat 3-1 bukan jaminan selagi belum tamat tempoh 90 minit aksi kedua suku akhir nanti.

Untuk persiapan perlawanan, Skuad Lang Merah mengadakan latihan pada sebelah malam di Stadium Darul Aman sepanjang bulan ramadan.

Disiarkan pada: May 8, 2019 @ 2:46pm
d