arena

Mesej Salah berbekas sampai Barca kempunan

Oleh Twitter/Esme Jo

DIA tidak bermain akibat kecederaan tetapi caranya menyuntik semangat berkesan sehingga Liverpool melakukan keajaiban mara ke final Liga Juara-Juara (UCL).

Dengan mengenakan T-shirt hitam bertulisan ‘Never Give Up’, mesej Mohamed Salah khusus untuk rakan sepasukannya itu terbukti berjaya.

Skuad Jurgen Klopp akan beraksi di Madrid, Sepanyol pada 1 Jun selepas mengubah keputusan 0-3 di Nou Camp, Catalonia dengan kejayaan 4-0 di Anfield.

Jaringan Divock Origi dan Georginio Wijnaldum, masing-masing meledak dua gol untuk menjadikan agregat 4-3.

Pemain sayap Mesir itu menayangkan t-shirt untuk memotivasi pasukannya agar bangkit mempamer semangat melawan tinggi.

Ia mungkin kelihatan mudah tetapi motivasi dan semangat diberikannya adalah sesuatu diperlukan oleh pasukan apabila ketinggalan dan memerlukan ‘cetusan’ mengubah mentaliti supaya tidak mudah mengalah.

Malah, kehadiran bekas kapten, Steven Gerrard dan King Kenny Dalglish di Anfield juga menjadi antara penyebab kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu melakukan kebangkitan yang dianggap antara terhebat dalam sejarah bolasepak.

Disiarkan pada: May 8, 2019 @ 3:58pm
d