arena

Dulu wira, sekarang adiwira

Oleh AFP

MAURICIO Pochettino dengan penuh emosi menggelarkan pemain Tottenham Hotspurs sebagai ‘adiwira’ selepas mereka mara ke final Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam sejarah mereka apabila jaringan hatrik Lucas Moura menyaksikan mereka bangkit untuk mengecewakan Ajax awal pagi tadi, seterusnya mengecewakan kelab Belanda itu kecewa.

Laluan Ajax ke final kejohanan itu dilihat hampir menjadi kenyataan apabila mereka mendahului 3-2 secara agregat menghampiri akhir masa perlawanan aksi separuh akhir kedua di Johan Cruyff Arena.

Itulah ketikanya bola terkena kaki Lucas di kawasan penalti dan pemain Brazil itu melakukan rembatan rendah melepas penjaga gol Ajax Andre Onana untuk mengesahkan kebangkitan mereka.

Ia memberikan kemenangan 3-2 pada awal pagi itu dan 3-3 secara agregat dan membawa anak buah Pochettino mara menerusi jaringan di tempat lawan.

Mereka akan menentang Liverpool di Madrid, 1 Jun depan, menyajikan pertemuan dua kelab Inggeris pertama sejak 2008.

“Ia adalah malam paling penting sepanjang hidup saya,” kata Pochettino, yang menangis sebaik tamat perlawanan.

“Perkara paling penting adalah ucapan tahniah kepada pemain saya. Mereka menjalankan tugas dengan cemerlang.

“Saya katakan sebelum ini, mereka adalah wira. Saya fikir sekarang mereka adalah adiwira. Kejayaan membawa kelab ke final Liga Juara-Juara menghampiri keajaiban.”

Disiarkan pada: May 9, 2019 @ 10:10am
d