arena

Beckham dilarang memandu enam bulan

Oleh AFP

BEKAS bintang bola sepak England, David Beckham dilarang memandu kenderaan selama enam bulan selepas mengaku bersalah menggunakan telefon bimbit ketika memandu kereta, menurut laporan BBC.

Beckham yang berusia 44 tahun dilihat oleh orang awam memandu Bentley di tengah London pada 21 November tahun lalu.

Bekas pemain Manchester United dan Real Madrid itu menghadiri perbicaraan di Mahkamah Magistrate Bromley, selatan London.

Terkenal dengan sepakan percuma mengagumkan, Beckham menjadi kapten England sebanyak 59 kali dan menjaringkan gol dalam tiga Piala Dunia sebelum bersara daripada bola sepak antarabangsa pada 2009.

Dia turut beraksi bersama LA Galaxy, AC Milan dan Paris Saint Germain sebelum menggantung but sepenuhnya pada 2013 dan kini menubuhkan pasukan Major League Soccer (MLS) di Miami.

Beckham mengahwini bekas anggota Spice Girl, Victoria Beckham yang kini menjadi pereka fesyen terkenal.

Disiarkan pada: May 9, 2019 @ 11:29pm
d