arena

Wartawan penyiaran wanita rebah kena bola [VIDEO]

Oleh Twitter

WARTAWAN penyiaran wanita Sepanyol mengalami kesakitan di kepalanya sebelum sepak mula perlawanan Valencia menentang Arsenal pada separuh akhir kedua Liga Europe (UEL), awal pagi tadi.

Ketika insiden berlaku, wartawan terbabit sedang membuat liputan di tepi padang di Stadium Mestalla, Valencia.

Tanpa disedari, dia tiba-tiba hilang dari pandangan skrin dan rebah di dek jurukamera rakaman selepas terkena bola ketika sesi pemain memanaskan badan.

Wartawan terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Perlawanan itu berkesudahan Arsenal menang 4-2 untuk mara dengan agregat 7-3 menerusi hatrik Pierre-Emerick Aubameyang dan jaringan Alexandre Lacazette.

Kevin Gameiro menjaringkan kedua-dua gol kelab Sepanyol itu.

Kelab utara London beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menang 3-1 pada aksi pertama di Emirates.

Disiarkan pada: May 10, 2019 @ 2:21pm
d