arena

Megat ahli lembaga baru YAKEB

Oleh Saiful Affendy Sapran

HASRAT ahli perniagaan, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin untuk berkhidmat bersama Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) tercapai juga apabila beliau dilantik sebagai ahli lembaga yayasan itu. Pelantikan Megat Shariman disahkan menerusi surat yang ditandatangani Menteri Belia dan Sukan (KBS) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkuatkuasa 3 Mei lalu.

Syed Saddiq sebelum itu mengumumkan Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed sebagai Pengerusi YAKEB yang baru.

"Terima kasih saya ucapkan kepada menteri atas kepercayaan diberikan kepada saya. Saya sedia bekerjasama dengan Pengerusi YAKEB dan mengikut hala tuju yang ditetapkannya," katanya.

Megat Shahriman sebelum ini disebut-sebut sebagai antara calon utama untuk Pengerusi YAKEB tetapi ia akhirnya menjadi milik Noorul menggantikan Azlan Iskandar. Beliau juga adalah Presiden Persatuan Kanu Malaysia (MASCA).

Disiarkan pada: May 11, 2019 @ 8:37pm
d