arena

Serena mahu kembali menyengat

Oleh AFP

SERENA Williams yang mengalami kecederaan sebelum ini kembali beraksi di Rome minggu depan dalam misi melakar kejuaraan menyamai rekod Margaret Court memenangi kejohanan utama perseorangan di Terbuka Perancis hujung bulan depan.

Rome menjadi kejohanan keempat untuk musim ini yang disertai Serena dan pertama sejak menarik diri dari saingan Terbuka Miami pada April lalu berikutan kecederaan lutut.

Pemain Amerika Syarikat berusia 37 tahun - kini ranking ke-11 dunia - hanya melengkapkan tujuh perlawanan tahun ini, turut menarik diri di Indian Wells pada Mac berikutan keadaan kesihatannya.

Tidak diragui kemampuan pemain tenis senior itu untuk melepasi kejayaan melebihi 23 Grand Slam, walaupun kadang kala disifatkan agak sukar sejak kembali beraksi pada tahun lalu selepas berehat kerana melahirkan anak pertamanya.

Kejuaraan perseorangan Grand Slam terakhir yang dimenangi Serena adalah pada Terbuka Australia 2017, ketika dia sedang mengandung.

Pencapaian di Australia membolehkan Serena memecah rekod yang dilakukan Steffi Graf ketika era profesional legenda tenis dunia itu dan berada selangkah untuk memecah rekod di gelanggang Australia dengan 24 kejuaraan perseorangan utama.

Selepas melahirkan anak perempuannya - Olimpia pada September 2017, Serena membuat kemunculan semula di Grand Slam pada Terbuka Perancis tahun lalu di mana dia melepasi pusingan ke empat.

Dia melangkah ke final Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat, mengalami kemelut di Flushing Meadows, ketika mematahkan raketnya dan memanggil pengadil ‘pencuri’ serta ‘pembohong’ ketika dikecewakan Naomi Osaka.

Lebih banyak drama berlaku pada aksi suku akhir tahun ini di Terbuka Australia apabila dia dikejutkan dengan kekalahan tiga set kepada Karolina Pliskova.

“Sejak hari pertama, saya menjangka untuk keluar beraksi dan sejujurnya, untuk menang. Ia tidak berlaku. Tetapi saya suka sikap berkenaan,” katanya.

Serena tidak mahu tampil ke luar sana dan berkata: “Saya menjangkakan kekalahan kerana rehat setahun. Saya sudah beraksi sejak 10 bulan. Saya sepatutnya menang. Saya tidak mempunyai sikap seperti itu.”

Rome adalah venue istimewa buat Serena apabila dia bertemu suaminya Alexis Ohanian di Eternal City pada Mei 2015 setahun selepas dia menarik diri daripada kejohanan itu berikutan mengalami kecederaan siku.

Disiarkan pada: May 12, 2019 @ 10:07pm
d