arena

Trio Afrika kuasai Kasut Emas

Oleh AFP

PEREBUTAN untuk dinobat sebagai penjaring gol terbanyak Liga Perdana Inggeris musim ini menyaksikan tiga pemain Afrika, Sadio Mane, Pierre-Emerick Aubameyang dan Mohamed Salah berkongsi Kasut Emas.

Penyerang Gabon, Aubameyang meledak dua gol buat Arsenal di Burnley untuk menyertai Salah dan rakan sepasukan Liverpool, Mane, yang turut menyumbat dua gol pada hari terakhir menentang Wolves, dengan 22 gol.

Sergio Aguero dari kelab juara Manchester City, di belakang mereka dengan 21 gol.

Salah kini menang anugerah itu dua musim berturut-turut namun jumlah musim ini adalah yang paling rendah dalam liga utama Inggeris sejak 2010/11 apabila Dimitar Berbatov dan Carlos Tevez berkongsi Kasut Emas dengan 20 gol.

Aubameyang gembira muncul seorang daripada trio Afrika memenangi anugerah itu dan berkata: “Saya berkongsi trofi ini dengan dua pemain yang saya suka, pemain hebat dan dari Afrika. Kami mewakili Afrika, ia mengagumkan.

“Rakan sepasukan saya tahu mengenai Kasut Emas, saya tak kata apa-apa. Saya tidak mahu mereka bermain dan hanya fokus terhadap saya. Saya seorang pemain sepasukan.”

Salah meledak 32 gol liga musim lalu, satu rekod bagi kempen 38 perlawanan Liga Perdana.

Pemain berusia 26 tahun itu muncul pemain keenam memenangi anugerah Kasut Emas dua musim berturut-turut.

PENJARING TERBANYAK

22: Pierre-Emerick Aubameyang (Arsenal), Sadio Mane (Liverpool), Mohamed Salah (Liverpool)

21: Sergio Aguero (Man City)

18: Jamie Vardy (Leicester)

17: Harry Kane (Tottenham), Raheem Sterling (Man City)

16: Eden Hazard (Chelsea)

14: Callum Wilson (Bournemouth)

13: Raul Jimenez (Wolverhampton), Alexandre Lacazette (Arsenal), Glenn Murray (Brighton), Paul Pogba (Man Utd), Richarlison (Everton), Gylfi Sigurdsson (Everton)

Disiarkan pada: May 13, 2019 @ 8:56am
d