arena

Fognini idam jagoan Itali

Oleh AFP

BINTANG tenis Itali Fabio Fognini berkata dia berharap dapat melakukan ‘sesuatu yang besar’ di laman sendiri selepas menewaskan pemain Perancis Jo-Wilfried Tsonga 6-3, 6-4 untuk mara ke pusingan kedua Terbuka Itali di Rome awal pagi tadi.

Fognini, pilihan ke-10 kejohanan menjadi pemain Itali pertama paling berjaya di Monte Carlo dalam tempoh 51 tahun bulan lalu apabila mara ke suku akhir di Rome tahun lalu sebelum tewas tiga set kepada juara Rafael Nadal.

“Saya gembira, tentu sekali, gembira terutama kerana saya ada di sini, sentiasa sukar bermain di sini,” kata pemain berusia 31 tahun itu, yang berjaya melepasi saingan di gelanggang tanah liat di Foro Italico dalam tempoh 83 minit.

“Bermain pusingan pertama menentang Jo memang perlawanan yang mencabar, kerana sudah pasti dia sedang cedera. Dia pernah dibedah di lututnya.

“Namun pada masa saya saya sedar ia mungkin berbahaya,” kata Fognini.

Tsonga, kini di ranking ke-92, terlepas banyak aksi 2018 susulan kecederaan lutut.

Fognini akan menentang sama ada pemain Moldova Radu Albot yang menewaskannya di Indian Wells atau pemain kelayakan dari Perancis Benoit Paire selepas ini.

Disiarkan pada: May 14, 2019 @ 9:44am
d