arena

Perak buat PKNP merana

Oleh Farah Suhaidah Othman

PERAK sekali lagi mempamer aksi cemerlang selepas membenam pasukan 'adik' mereka 3-1 dalam saingan Liga Super, di Stadium Perak, Ipoh malam ini.

Dua pemain import baru dari Brazil, Raianderson Da Costa Morais atau lebih dikenali Careca berjaya membuktikan ketajaman selepas menyumbat dua gol manakala Ronaldo Henrique Silva menjaring satu gol.

Perak terlebih dahulu memecah kebuntuan jaringan menerusi gol pembukaan pada minit ketujuh hasil rembatan Careca.

Anak buah Mehmed Durakovic menjarakkan kedudukan selepas dihadiahkan sepakan penalti yang mudah disempurnakan Ronaldo pada minit ke-29 selepas Mohd Nor Hakim dikasari oleh Amani Santos Aguinaldo dalam kotak penalti.

PKNP pula memperolehi jaringan pada minit ke-37 melalui tandukan Yashir Pinto, susulan kegagalan pertahanan Perak, Idris Ahmad mengeluarkan bola daripada kawasan gol.

Bersambung babak kedua, pasukan The Bos Gaurus terus bersemangat untuk menjarakkan kedudukan apabila sepakan percuma hantaran Nazirul Naim pada minit ke-70 dikuis mudah penyerang dari Brazil, Careca tepat ke gawang gol.

Disiarkan pada: May 15, 2019 @ 12:34am
d