arena

Wilder tewaskan Guardiola, Klopp

Oleh Reuters

PENGURUS Sheffield United Chris Wilder mengatasi cabaran daripada pengendali Manchester City Pep Guardiola dan rakan sejawatannya dari Liverpool Juergen Klopp untuk memenangi anugerah pengurus tahunan anjuran Persatuan Pengurus-pengurus Liga (LMA) awal pagi tadi.

Wilder, 51, membawa United ke tangga kedua Liga Kejuaraan di belakang Norwich City, di mana pengurusnya dari Jerman Daniel Farke turut disenarai pendek, untuk dinaikkan pangkat ke Liga Perdana Inggeris.

Bekas pengurus Manchester United Alex Ferguson dan jurulatih England Gareth Southgate menyampaikan anugerah itu bagi pihak LMA pada majlis anugerah berkenaan.

Guardiola pula dianugerahkan pengarah tahunan Liga Perdana selepas City menamatkan kempen ini satu mata di depan Liverpool untuk mempertahankan gelaran itu.

Klopp dan finalis Liga Juara-Juara musim ini Mauricio Pochettino dari Tottenham Hotspur selain pengurus Wolverhampton Wanderers Nuno Espirito Santo turut disenaraikan untuk anugerah itu.

Pengurus skuad wanita Spurs Karen Hills menjuarai anugerah Liga Kejuaraan Wanita selepas membawa kelab London itu ke liga utama manakala pengendali skuad wanita Arsenal Joe Montemurro menerima anugerah Liga Super selepas menjulang kejuaraan itu.

Disiarkan pada: May 15, 2019 @ 8:46am
d