arena

Alonso terbabit kemalangan 363 km/j [VIDEO]

Oleh Agensi

BEKAS juara dunia Formula Satu (F1), Fernando Alonso terselamat daripada kecederaan serius selepas keretanya terbabas melanggar tembok pada sesi latihan Indianapolis 500.

Pemandu Sepanyol berusia 37 tahun itu tampil kali kedua pada saingan perlumbaan itu musim ini.

Alonso berkata, dia melakukan kesilapan: "Kereta mengalami ‘understeer’. Tidak sempat untuk mengelak sekalipun mengurangkan kelajuan atau mengangkat pedal minyak memasuki selekoh.

"Saya benar-benar kehilangan daya membelah angin di bahagian depan. Dinding terlalu hampir dan semuanya berlaku terlalu pantas."

McLaren membentuk pasukan baru dengan enjin Chevrolet untuk membolehkan Alonso bertarung pada Indy 500 tahun ini dan cuba menjadi pelumba kedua dalam sejarah meraih tiga gelaran dalam sukan permotoran.

Alonso memenangi perlumbaan Monaco Grand Prix dan Perlumbaan Tahan Lasak 24 Jam Le Mans di Perancis sebelum ini.

Pasukan itu mengalami masalah elektronik sebelum ini yang menjejaskan ujian bulan lalu dan masalah elektrik juga menyebabkan ujian pertama mereka semalam terjejas.

Kemalangan berlaku di Selekoh Tiga trak lonjong itu mempunyai kelajuan purata 230 bsj (360 kmj).

Alonso mencatat masa ke-16 terpantas ketika kemalangan itu berlaku dengan purata kelajuan 225.433 bsj (363 kmj) dan kurang 3.4bsj (5.5kmj) berbanding pelumba pendahulu, Scott Dixon daripada pasukan Ganassi.

Disiarkan pada: May 16, 2019 @ 6:28pm
d