arena

Loftus-Cheek terlepas aksi final

Oleh Reuters/AFP

PEMAIN tengah Chelsea dan England, Ruben Loftus-Cheek menjalani pembedahan tumit, menurut kelabnya awal pagi tadi sekali gus hampir pasti mengetepikannya daripada final Liga Europa menentang musuh London, Arsenal hujung bulan ini.

“Ruben Loftus-Cheek bertemu pakar hari ini dan menjalani pembedahan tumit pada sebelah petang,” menurut kelab Liga Perdana Inggeris itu dalam satu kenyataan.

Pemain berusia 23 tahun itu cedera ketika menang 3-0 ke atas New England Revolution pada aksi persahabatan di Boston, Amerika Syarikat kelmarin dan mempunyai harapan tipis untuk cergas bagi final Liga Europa di Baku pada 29 Mei ini.

Dia turut terlepas pusingan akhir Liga Negara Eropah bulan depan selepas diketepikan daripada skuad England kendalian Gareth Southgate yang diumumkan malam tadi.

“Saya tidur malam tadi dan Ruben berada dalam skuad kerana bermain dengan cemerlang,” kata Southgate.

“Kini dia terlepas pusingan akhir satu kejohanan utama Eropah.”

Disiarkan pada: May 17, 2019 @ 7:14am
d