arena

Hup Wei cari tiket Kejohanan Dunia

Oleh Aida Adilah Mat

ATLET lompat tinggi negara Lee Hup Wei tidak meletakkan sebarang sasaran apabila turun beraksi di kejohanan olahraga Terbuka Thailand yang membuka tirainya hari ini sehingga 21 Mei.

Bagaimanapun Hup Wei menjadi taruhan terbaik negara selain jaguh lompat kijang, Hakimi Ismail untuk menyumbangkan emas di kejohanan itu.

Bagi Hup Wei, dia tidak meletakkan sebarang sasaran berikutan baru kembali daripada menyertai Kejohanan Olahraga Asia di Doha bulan lalu dengan pencapaian 2.26 meter (m).

"Saya akan turun beraksi Selasa depan dan memang tidak letak sebarang sasaran sebaliknya akan cuba untuk melakukan yang terbaik.

"Fokus saya di Thailand adalah untuk memperbaiki larian awal dan lompatan saya," katanya sudah melepasi kelayakan ke temasya Sukan SEA Filipina hujung tahun ini.

Selepas pulang daripada Thailand, atlet berusia 31 tahun itu akan berlepas menyertai Asian Grand Prix di China bermula dari 2 hingga 8 Jun bersama Hakimi dalam misi memburu tiket ke Kejohanan Dunia.

Untuk layak ke Kejohanan Dunia di Stadium Antarabangsa Khalifa, Doha September ini, Hup Wei pernah meraih tiga emas berturut-turut di Sukan SEA bermula 2007, 2009 dan 2011 perlu melepasi ketinggian 2.30m.

Disiarkan pada: May 17, 2019 @ 3:30pm
d