arena

Isner terlepas aksi Terbuka Perancis

Oleh AFP

PEMAIN tenis nombor 11 dunia John Isner terpaksa menarik diri daripada kejohanan Terbuka Perancis yang merupakan musim kedua kejohanan Grand Slam selepas dihimpit kecederaan kaki.

Pemain berusia 34 tahun itu berkata dia tidak dapat pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialami ketika menyertai Miami Masters pada Mac di mana dia menamatkan saingan di tempat kedua daripada Roger Federer.

“Agak malang, saya terpaksa menarik diri daripada menyertai Roland Garros kali ini,” kata Isner yang berjaya mara ke kelompok 16 terakhir di Paris menerusi tiga kejohanan menerusi catatan Twitternya.

“Kecederaan kaki yang dialami di Miami tidak pulih sepenuhnya dan agak mustahil jika saya beraksi di gelanggang tanah liat di Paris.

“Ia agak mengecewakan kerana tidak dapat beraksi dan sudah pada membantu saya pulih sepenuhnya. Harap dapat bertemu semua orang di Wimbledon."

Pemain ke lapan dunia, Kevin Anderson mengumumkan bulan lalu dia mungkin terlepas aksi Terbuka Perancis berikutan mengalami kecederaan siku.

Disiarkan pada: May 18, 2019 @ 8:40am
d