arena

'Keluar, keluar, keluar!'

Oleh AFP

ANTOINE Griezmann diejek ketika perlawanan terakhirnya bersama Atletico Madrid dan Rodrigo mungkin meledak gol terakhirnya bersama kelab itu ketika bangkit daripada ketinggalan untuk seri 2-2 dengan Levante malam ini.

Greizmann menerima ejekan penyokong pelawat di Stadium City of Valencia, malah turut kedengaran sorakan ‘keluar, keluar, keluar’ daripada mereka sebelum jaringan Sergio Camello dan Rodrigo memastikan Atletico sekurang-kurangnya menamatkan musim ini dengan keputusan seri.

“Kita perlu memberi tumpuan kepada usaha diberikan wira yang bakal meninggalkan kelab,” kata Simeone selepas itu.

“Legasi terhebat mereka bukanlah gelaran yang dimenangi tetapi komitmen dan rasa hormat. Saya amat menyayangi mereka.”

Simeone menafikan mengenai kebimbangannya terhadap pemergian pemain beramai-ramai biarpun Diego Godin dan Griezmann sudah pun mengumumkan pemergian mereka, dengan pemain seperti Rodrigo, Juanfran dan Filipe Luis turut dijangka mengikuti jejak mereka.

Jika ini adalah aksi selamat tinggal mereka buat Atletico, ia mungkin perlawanan terakhir yang hambar ketika Levante yang hanya mengesahkan terlepas daripada penyingkiran hujung minggu lalu mendapat satu lagi mata.

Disiarkan pada: May 18, 2019 @ 10:46pm
d