arena

City 'berpesta' julang Piala FA

Oleh Reuters

RAHEEM Sterling meledak hatrik ketika Manchester City membelasah Watford 6-0 pada final Piala FA awal pagi ini untuk menjadi pasukan pertama menjulang trebel gelaran Inggeris membabitkan kejuaraan liga dan dua piala domestik dengan gaya luar biasa.

City yang mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris minggu lalu dan menjulang Piala Liga menerusi penentuan penalti ke atas Chelsea Februari lalu, mendominasi perlawanan dan mendahului 2-0 sebelum tamat separuh masa pertama menerusi jaringan David Silva dan Sterling.

Kevin de Bruyne bangkit dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol ketiga pada minit ke-61, Gabrielle Jesus menjaringkan gol keempat tidak lama kemudian dan Sterling meledak gol kedua sembilan minit sebelum tamat perlawanan.

Sterling menyempurnakan aksi itu dengan jaringan pada minit ke-87, menjadikannya pemain pertama meledak hatrik pada final Piala FA selepas Stan Mortensen pada 1953, ketika City menyamai rekod kemenangan final yang dicatat 116 tahun lalu apabila Bury membelasah Derby County 6-0.

Disiarkan pada: May 19, 2019 @ 2:10am
d