arena

Djoko bertembung Nadal di final Terbuka Itali

Oleh Reuters

NOVAK Djokovic dan Rafael Nadal memenangi perlawanan masing-masing untuk bertembung di final Terbuka Itali sementara pemain nombor satu Britain, Johanna Konta menempah tiket ke final menentang Karolina Pliskova.

Pemain nombor satu dunia Djokovic mengatasi pemain Argentina, Diego Schwartzman 6-3, 6-7(2), 6-3, dan akan bertemu pemain pilihan kedua buat kali ke-54 pada awal pagi esok, menjelang aksi Terbuka Perancis bulan ini.

Warga Serbia itu yang mengungguli Terbuka Madrid minggu lalu dan berpeluang mencatat kemenangan berturut-turut di gelanggang tanah liat selepas mengalahkan Schwartzman dalam tempoh dua jam 31 saat.

Schwartzman, yang beraksi pertama kali di peringkat separuh akhir Masters 1000, bangkit daripada kekalahan di set pertama dalam masa 36 minit untuk menguasai babak kedua tiebreak, namun Djokovic melalui detik sukar dalam perlawanan ke enam dalam set penentuan untuk mengesahkan kejuaraan.

Djokovic mendahului rekod pertembungan dengan Nadal apabila mencatat 28 kemenangan namun lawan dari Sepanyol itu mendominasi perlawanan gelanggang tanah liat dengan 16 kemenangan ke atas permainan Serbia yang hanya menang tujuh.

Nadal mara ke final ke-50 Masters 1000 berterima kasih di atas kemenangan ke atas Stefanos Tsitsipas, 6-3, 6-4, untuk menebus kekalahan kepada pemain berusia 20 tahun itu pada peringkat sama minggu lalu di Madrid.

“Ia kemenangan yang sangat penting buat saya kerana saya bermain baik dengan pemain yang bagus dan pemain yang memenangi banyak perlawanan dalam kejohanan,” kata Nadal.

“Kemenangan straight set ke atasnya adalah keputusan yang bagus. Lebih daripada itu saya berasa dapat beraksi lebih baik setiap minggu, setiap hari. Ia amat penting bagi saya.”

Kemenangan itu membolehkan Nadal memburu kejuaraan kesembilan pada Terbuka Itali selepas tewas di peringkat separuh akhir pada empat kejohanan sebelum ini.

Dalam kategori perseorangan wanita, Johanna bangkit dari kekalahan di set pertama untuk menewaskan juara Terbuka Madrid, Kiki Bertens 5-7, 7-5, 6-2 dan melangkah ke perlawanan final pertama WTA Premier di gelanggang tanah liat.

Disiarkan pada: May 19, 2019 @ 11:38am
d