arena

Scott tak terkejut dengan pencapaian Koepka

Reuters

BROOKS Koepka memenangi hati ramai peminat selepas kejayaan cemerlang di kejohanan PGA, namun bekas pemain nombor satu, Adam Scott belum bersedia untuk melabelkan pemain itu sebagai Tiger Woods seterusnya.

Koepka sudah memenangi dua kejohanan Terbuka Amerika Syarikat dan berada di landasan tepat untuk memenangi kejuaraan PGA berturut-turut selepas selesa mendahului tujuh pukulan di pusingan ketiga pada Sabtu.

Tiada siapa yang dapat mendominasi aksi berkenaan sejak Woods berada di kemuncak kariernya.

Woods memenangi semua empat kejuaraan utama pada masa sama di tahun 2000-01, ia termasuk melakukan 15-stroke ketika menang di Pebble Beach, Terbuka Amerika Syarikat. Dia mempunyai 15 juara major dan 81 kejuaraan jelajah PGA.

Scott, bagaimanapun, berkata ia terlalu awal untuk membandingkan Koepka dengan Woods.

“Ia tidak begitu serupa, dan ia tidak bermakna tidak menghormati Brooks,” kata warga Australia, Scott. “Saya fikir membandingkan semua perkara dengan Tiger adalah tidak adil termasuk dalam perkara baik atau buruk.

“Ia kemungkinan merendahkan taraf pencapaian yang diperolehi. Dia melakukannya beberapa kali di kejohanan utama, dan kejohanan jelajah PGA.”

Disiarkan pada: May 19, 2019 @ 12:06pm
d