arena

'Dapat satu gol... rileks?'

Oleh Shamsul Kamal Amarudin

PENGENDALI Selangor, B Sathianathan, berang dengan sikap anak didiknya tidak mempamer watak pejuang ketika menentang PKNP FC dalam saingan Liga Super.

Malah, beliau menyifatkan pemain The Red Giants sedang berdepan `penyakit' persediaan mental yang tidak cukup kuat serta tidak konsisten setiap perlawanan.

"Ini penyakit bila bertemu dengan pasukan tidak kuat dan dijangka tidak kuat menyebabkan mentaliti pemain beraksi sambil lewa.

“Itupun dapat satu gol, selepas itu`rileks' dan tak nampak pergerakan berlaku.

"Saya kecewa dengan hantaran tidak sampai ke kaki, ada tersasar.

Biarpun padang cantik di tempat lawan tetapi pemain tidak boleh membuat hantaran dengan baik dan kemas. Itu yang menjadi masalah.

Sathianathan juga kecewa hanya membawa pulang satu mata terikat 1-1 pada aksi di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, malam tadi.

Kegagalan itu bermakna Selangor gagal menjarakkan kedudukan dengan pasukan lain selepas Kedah yang menumpaskan Melaka United 2-1 di Alor Setar.

Disiarkan pada: May 19, 2019 @ 2:06pm
d