arena

Mbappe, Dzsenifer terbaik liga Perancis

Oleh Reuters

PEMAIN Paris St Germain, Kylian Mbappe, yang menjaringkan 32 gol musim ini, dinamakan sebagai pemain terbaik dan B-21 terbaik bagi musim 2018-19 oleh rakan seperjuangannya, semalam.

Penyerang Perancis, Mbappe, 20, meledak dua gol pada pusingan kedua terakhir kelmarin untuk muncul pemain pertama Perancis dalam tempoh 53 tahun meledak sekurang-kurangnya 32 gol dalam kempen Ligue 1 sejak Philippe Gondet yang mengumpul 36 gol buat Nantes pada musim 1965-66.

β€œIa mungkin masanya buat saya untuk lebih memegang tanggungjawab, ia mungkin di sini di PSG atau di tempat lain dengan projek baharu,” kata Mbappe selepas menerima anugerah itu.

Pemain tengah Jerman, Dzsenifer Marozsan, yang membantu pasukan wanita Olympique Lyonnais melebarkan rekod 13 kejuaraan liga berturut-turut dan Liga Juara-Juara keempat berturut-turut, dinamakan sebagai pemain terbaik wanita divisyen utama bagi kali ketiga berturut-turut.

Christophe Galtier dari Lille dipilih sebagai jurulatih terbaik Ligue 1 musim ini selepas mengemudi pasukannya menghuni tangga kedua liga di belakang juara PSG.

Disiarkan pada: May 20, 2019 @ 8:30am
d