arena

Dhabitah pecah kebuntuan skuad terjun

Oleh Aida Adilah Mat

SELEPAS empat siri berakhir tanpa sebarang pingat, akhirnya skuad negara menemui sentuhan podium pada Kejohanan Terjun Siri Dunia Fina di London menerusi Nur Dhabitah Sabri.

Dhabitah menamatkan kemarau pingat apabila menghadiahkan gangsa dalam acara 3 meter papan ajal wanita awal pagi tadi.

Penerjun berasal dari Kuala Lumpur itu mengutip 344.40 mata keseluruhan tewas di belakang penerjun Australia, Maddison Keeney (368.30) manakala Jennifer Abel dari Kanada (353.05) meraih perak.

“Syukur Alhamdulilah. Saya tak pernah jangka dapat meraih pingat dalam acara individu.

“Bersaing dengan penerjun handalan dari seluruh dunia bukan mudah. Tapi saya tidak mampu meraih semua ini tanpa sokongan keluarga, rakan sepasukan dan mereka yang mendoakan saya dari tanah air.

“Saya juga bangga dengan rakan gandingan Syafiq (Puteh) dan Wendy Ng yang berjuang bersama hingga ke akhir, ” katanya.

Disiarkan pada: May 20, 2019 @ 12:24pm
d