arena

Osasuna kembali ke La Liga

Oleh Reuters

OSASUNA memastikan mereka naik ke La Liga Sepanyol awal pagi tadi dengan baki tiga perlawanan selepas Granada mengalahkan Albacete 1-0.

Kelab dari Navarra itu, yang tersingkir daripada liga utama pada 2017, mendahului liga divisyen dua Sepanyol dengan 78 mata daripada 39 perlawanan dan sudah pasti menghuni dua tangga teratas selepas kekalahan pasukan tangga ketiga Albacete menyebabkan mereka ketinggalan 10 mata.

Osasuna menghabiskan 14 musim dalam La Liga sebelum turun divisyen pada 2014. Mereka kembali ke liga utama selepas menang playoff pada 2016 sebelum turun sekali lagi musim berikutnya.

Penamat terbaik mereka adalah tangga keempat pada 2006, layak ke separuh akhir Piala UEFA pada 2007, manakala pada 2005 mereka muncul naib juara Piala Raja Sepanyol.

Pasukan tangga kedua Granada, ketinggalan empat mata di belakang Osasuna dan enam di depan Albacete dengan hanya satu kemenangan mampu memastikan mereka kembali ke La Liga selepas tersingkir pada 2017.

Disiarkan pada: May 21, 2019 @ 8:17am
d