arena

Messi, Aguero tonggak Copa America

Oleh AFP

BINTANG Barcelona, Lionel Messi dan Sergio Aguero mengetuai senarai 23 pemain skuad Copa America diumumkan jurulatih Argentina, Lionel Scaloni awal pagi tadi.

Pemain sayap Paris Saint-Germain, Angel Di Maria turut disenaraikan namun tiada tempat buat penyerang Gonzalo Higuain, yang dipinjamkan di Chelsea dari Juventus.

“Inilah pemain terbaik bagi satu masa penting buat pasukan kebangsaan,” kata Scaloni menjelang kejohanan yang dihos oleh Brazil, bermula 14 Jun depan.

Argentina akan beraksi dalam Kumpulan B di samping Colombia, Paraguay dan pasukan jemputan Qatar, hos Piala Dunia 2022 dan juara Asia.

Messi, yang hanya kembali ke pasngkuan skuad Argentina Mac lalu selepas lapan bulan tidak beraksi susulan Piala Dunia di Russia, akan menyambut hari jadi ke-32 ketika kejohanan itu.

Di Maria, seperti Messi, melakukan kemunculan semula selepas Piala Dunia pada Mac lalu bagi dua aksi persahabatan menentang Venezuela dan Maghribi, namun pemain Manchester City, Aguero tidak dipanggil sejak Argentina tewas 3-4 pada pusingan 16 terakhir di tangan juara Perancis di Russia.

Argentina tidak menang Copa America atau mana-mana kejohanan utama antarabangsa sejak 1993, tewas dalam empat final dalam lima edisi terakhir kejohanan sebenua itu.

SKUAD ARGENTINA

Penjaga gol: Agustin Marchesin (America Mexico/MEX), Franco Armani (River Plate), Esteban Andrada (Boca Juniors)

Pertahanan: German Pezzela (Fiorentina/ITA), Juan Foyth (Tottenham Hotspur/ENG), Nicolas Otamendi (Manchester City/ENG), Nicolas Tagliafico (Ajax/NED), Marcos Acuna (Sporting Lisbon/POR), Renzo Saravia (Racing Club), Ramiro Funes Mori (Villarreal/ESP), Milton Casco (River Plate)

Tengah: Leandro Paredes (Paris Saint-Germain/FRA), Angel Di Maria (Paris Saint-Germain/FRA), Guido Rodriguez (America Mexico/MEX), Giovani Lo Celso (Real Betis/ESP), Roberto Pereyra (Watford/ENG), Rodrigo De Paul (Udinese/ITA), Exequiel Palacios (River Plate)

Penyerang: Lionel Messi (Barcelona/ESP), Sergio Aguero (Manchester City/ENG), Paulo Dybala (Juventus/ITA), Lautaro Martinez (Inter Milan/ITA), Matias Suarez (River Plate)

Disiarkan pada: May 22, 2019 @ 10:50am
d