arena

Beckham sokong Tottenham tewaskan Liverpool

Oleh Agensi

PEMAIN Tottenham mendapat inspirasi tambahan menjelang aksi final Liga Juara-Juara (UCL) menentang Liverpool di Madrid, minggu depan.

Kelab Liga Perdana Inggeris itu menerima kunjungan ikon bolasepak David Beckham ketika sesi latihan pasukan itu di London, semalam.

Spurs sedang membuat persiapan menghadapi final terbesar dalam sejarah kelab itu berdepan juara Eropah lima kali itu.

Malah pengurus pasukan, Maurico Pochettino serta penyerang, Harry Kane sempat bermesra dengan salah seorang bintang terbesar bolasepak di kompleks latihan Enfield.

Beckham, yang juga terharu dengan pengalaman itu mengirimkan fotonya bersama Pochettino ke Instagram.

“Cara hebat meluangkan waktu pagi bersama Mauricio hari ini,' tulisnya bersama foto kirimannya.

“Terima kasih kerana mengalu-alukan kedatangan saya dan menunjukkan saya persekitaran kompleks latihan yang menarik... What a gentleman @spursofficial.”

Beckham, bekas pemain Manchester United tanpa sebarang keraguan berharap Tottenham akan menghalang musuh ketat kelab lamanya iaitu Liverpool daripada menjulang hadiah kemenangan terbesar Eropah itu bagi kali keenam.

Disiarkan pada: May 23, 2019 @ 6:49pm
d