arena

City nafi Guardiola ke Juventus

Oleh Agensi

MANCHESTER City menafikan dakwaan Pep Guardiola bakal dinamakan sebagai pengurus Juventus yang baru.

Juve yang kini mencari bos baru selepas Max Allegri meninggalkan kelab juara Serie A itu pada penghujung musim ini.

Penafian itu dibuat berikutan beberapa laporan di Itali menyebut bos City Guardiola, 48, bersetuju mengambil alih dan menyatakan pengurus Sepanyol itu akan didedahkan kepada media pada 14 Jun.

Bagaimanapun, juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu tetap tenang dengan situasi Guardiola dikaitkan dengan tugasan Juve pada awal tahun ini.

Dia menafikan berminat dan menyatakan tugasnya bersama kelab Manchester City masih belum selesai.

Disiarkan pada: May 23, 2019 @ 10:24pm
d