arena

Myanmar, Thailand idam Piala Dunia B-20

Oleh Reuters

MYANMAR dan Thailand melahirkan minat untuk menjadi penganjur bersama Piala Dunia Bawah 20 pada 2021 manakala Arab Saudi, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bercadang melakukan bidaan bersama tiga negara, menurut badan induk bola sepak dunia FIFA, awal pagi tadi.

FIFA menyatakan kejohanan itu turut menarik minat Indonesia, Peru dan Brazil yang mahu menjadi hos secara bersendirian.

Tarikh akhir untuk menghantar bidaan secara rasmi adalah pada 30 Ogos depan dengan tuan rumah dijangka dipilih menjelang akhir tahun ini.

Arab Saudi menjadi hos kejohanan dwitahunan itu pada 1989 manakala UAE pada 2003. Poland menganjurkan kejohanan tahun ini.

Disiarkan pada: May 24, 2019 @ 9:28am
d