arena

RB Leipzig buru trofi sulung

Oleh AFP

BAGI jurulatih RB Leipzig, Ralf Rangnick, memenangi final Piala Jerman menentang Bayern Munich malam esok bukan sekadar merangkul satu trofi.

Rangnick, yang mengambil alih sebagai pengarah sukan di Leipzig pada 2012 dan sejak itu dua kali bertindak sebagai ketua jurulatih, adalah pencetus kebangkitan kelab itu dari liga bawahan hingga ke liga utama Jerman sejak kelab itu ditubuh pada 2009.

Beliau menggambarkan tujuh tahun hubungan dengan kelab kontroversi Leipzig, yang berharap untuk memenangi kejuaraan utama sulung dalam sejarah singkat mereka di Stadium Olimpik, Berlin malam esok sebagai “satu tugas biasa.”

“Apabila saya mengimbau semula tujuh tahun saya berada di sini, ia kelihatan seperti lebih lama,” katanya kepada majalah Kicker awal bulan ini.

Kejayaan Leipzig mencabar penguasaan dua kelab akhir-akhir ini Bayern Munich dan Borussia Dortmund, namun ia turut memedihkan kerana penyokong di negara itu membantah model perniagaan kontroversi kelab itu.

Suka atau tidak, bagaimanapun mereka kini kuasa besar di puncak liga Jerman dan berharap mengesahkan status itu dengan menjulang piala malam esok.

“Untuk memenangi kejuaraan pertama dalam ulang tahun ke-10 kami menentang Bayern Munich akan melengkapkan satu musim luar biasa,” kata Rangnick kepada SID, kelmarin.

Leipzig ditubuh oleh syarikat minuman tenaga Red Bull pada 2009 dan pantas mendaki piramid liga, melonjak dari divisyen kelima ke liga utama pada 2016.

Disiarkan pada: May 24, 2019 @ 11:17am
d